unitsdm.zoom-a.com
UNIT SAINS DAN MATEMATIK
Sektor Pengurusan Akademik
Jalan Istana, Bukit Beruang, 75450 Melaka
Tel : 062329909, Faks : 062313755  e-mail : Unitsdm@zoom-a.com

| LAMAN UTAMA | CARTA ORGANISASI | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | FUNGSI & MATLAMAT | OBJEKTIF UNIT | AKTIVITI | MOTIVASI | PRESTASI SUBJEK | PROGRAM UNIT | CABARAN MINDA |

PENGURUSAN MASA DAN STRATEGI PEMBELAJARAN
Asas Ke Arah Mercu Kejayaan

 1. Pendahuluan: Motivasikan diri sendiri:

Tanyalah pada diri sendiri. Setiap hari, sebelum melangkah kaki ke sekolah, adakah kita pernah bertanya pada diri:
      
·         Mengapa aku ke sekolah?
      
·         Apa yang aku mahu dapat di sekolah?
      
·         Pentingkah aku ke sekolah?
      
·         Adakah sekolah dan alam persekolahan menyeronokkan aku?
      
·         Apa yang ada di sekolah yang menyeronokkan aku?
      
·         Sejauhmanakah sekolah dan alam persekolahan penting dalam perkembangan sahsiah aku?
      ·        
Adakah aku ke sekolah kerana terpaksa?
      
·         Adakah sekolah membosankan aku?
      
·         Adakah sekolah membebankan aku?

2. Sikap Yang Positif

3. Disiplin Masa:    

  • Adakah jadual waktu harian dan mingguan
  • Ambil pendekatan “kerja-kerja sekolah” mesti aku buat dahulu.
  • Gunakan masa dengan baik, teratur dan terancang

4. Merancang Penggunaan Masa

5. Mendahulukan Yang Utama

6. Tabiat dalam bilik darjah

  • Sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran
  • Tunjukkan minat terhadap subjek yang diajar
  • Berikan tumpuan dan perhatian terhadap apa yang diperkatakan oleh guru
  • Hormati guru anda
  • Sentiasa bersikap ingin tahu
  • Memainkan peranan yang aktif dalam bilik darjah
  • Melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan

7. Bagaimana membuat persediaan pembelajaran

  • Membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya
  • Menulis nota dalam bilik darjah
  • Melengkapkan nota-nota/kerja sekolah dengan segera
  • Siapkan kerja rumah dengan segera

8. Gunakan Perpustakaan dan Pusat Sumber

9. Jaga Kesihatan Anda

  • Sentiasa bersikap tenang
  • Memakan makanan yang berkhasiat
  • Mengadakan senaman yang berterusan
  • Sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan
  • Riangkan hati anda dengan senyuman di bibir

Semoga dengan langkah-langkah di atas, para pelajar dapat mengatur pengurusan masa dan pembelajaran dengan baik kerana ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak menggunakan cara yang sistematik dalam memudahkan proses pembelajaran mereka.

 

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: